- JBS Sarawak
- Hits: 38
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (M.T.M.D) Peringkat Bahagian Kapit Bilangan 1 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak
KAPIT, 16 April 2026 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (M.T.M.D) Peringkat Bahagian Kapit Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 15 April 2026 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Kapit. Mesyuarat ini bertujuan memantau, merancang, dan memastikan pelaksanaan tindakan antidadah yang berkesan.
Mesyuarat berkala dipengerusikan oleh Encik Daniel Batin Irbo, Pegawai Tadbir, Pejabat Residen Bahagian Kapit mewakili Tuan Residen Bahagian Kapit. Turut hadir ialah Encik Hamediee Ibrahim, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak bersama dengan ketua pejabat dan wakil ketua pejabat di bahagian Kapit.
Fokus utama mesyuarat adalah untuk memperkukuh kerjasama rentas agensi (terutamanya AADK Kapit dan agensi penguatkuasaan lain) bagi menangani isu dadah di kawasan Kapit dan luar bandar. Pelaporan status statistik berkaitan jenayah dadah telah dibentangkan oleh agensi-agensi yang berkaitan seperti AADK Sibu dan PDRM Kapit, Song dan Belaga.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
