- JBS Sarawak
- Hits: 36
TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN PIALA ASIA 2027 MERIAH DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 31 Mac 2026 – Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Bola Sepak Piala Asia 2027 yang menemukan Vietnam menentang Malaysia telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini berjaya menarik kehadiran ramai peminat bola sepak, khususnya golongan belia.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan serta Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Selain tayangan perlawanan secara langsung, pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan bagi memeriahkan suasana. Antaranya termasuk Aerodance, Slingshot Challenge, Cabutan Tiket Bertuah, Teka Gol serta aktiviti “Mari Mencuba” yang membuka peluang kepada pengunjung untuk mencuba pelbagai permainan interaktif dan sukan ringan.
Program ini juga mendapat sambutan daripada pelajar Kolej Komuniti Kuching yang hadir secara berkumpulan bagi bersama-sama memeriahkan acara. Inisiatif seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh perpaduan melalui sukan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
