Sesi Taklimat dan Penyelarasan Program KLAS Renang & Biggest Loser 2026 Perkukuh Pelaksanaan Negeri

Sesi Taklimat dan Penyelarasan Program KLAS Renang & Biggest Loser 2026 Perkukuh Pelaksanaan Negeri


Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 1 April 2026– Sesi taklimat dan penyelarasan bagi Program KLAS Renang dan Biggest Loser 2026 telah diadakan pada 1 April 2026 dengan kehadiran Penolong Pengarah Kanan Sukan serta pegawai projek program dari seluruh negara.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dharzuky Bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara yang menekankan kepentingan penyelarasan menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar di setiap negeri.
Turut menyertai secara dalam talian ialah Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Hadir sama Shyennier Jean Sherit dan Hazwan Salleh Baihaki selaku Pegawai Pembangunan Kecergasan Nasional JBSN Sarawak.
Antara perkara dibincangkan termasuk perancangan jadual program, penyelarasan lokasi pelaksanaan serta pengagihan peranan pegawai bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan. Program KLAS Renang memberi fokus kepada kemahiran asas renang, manakala Biggest Loser menekankan gaya hidup sihat dan pengurusan berat badan.
Sesi ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara peringkat persekutuan dan negeri demi kejayaan pelaksanaan program di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-04-2026, 15:08:23

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search