- JBS Sarawak
- Hits: 36
MYSED Mukah dan PBSB Mukah Jalinkan Kerjasama Majlis Lau Rayak P.213 Mukah Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 1 APRIL 2026 – Perbincangan bagi persediaan Majlis Lau Rayak P.213 Mukah Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Suarah Mukah pada 1 April 2026. Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Bahagian Mukah dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diamanahkan bersama-sama menyediakan gerai dan juadah yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Kerja Majlis Lau Rayak P.213 Mukah Tahun 2026.
Encik Mohammad Arbi Rosli telah mewakili pejabat ke perbincangan tersebut bagi memperhalusi persediaan keperluan yang telah dibuat. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Rasidah Rasit, Penguasa MYSED Bahagian Mukah. Majlis Lau Rayak P.213 Mukah Tahun 2026 akan diadakan di Dewan Setia Raja, Maktab Rendah Sains MARA Mukah pada 5 April 2026 turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taip, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen P.213 Mukah.
