Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Betong

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Betong

Disediakan oleh: NZS, JBSN Sarawak 

BETONG, 17 MAC 2026 – Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama (JPPBGP) Betong telah mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2026 pada 13 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Betong. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Hud bin Mohamad Aleh @ Mohd Salleh selaku Pengerusi JPPBGP Betong.

Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut seperti pengesahan minit mesyuarat yang lepas, perancangan aktiviti untuk sepanjang tahun 2026 dan pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2026/ 2028. 

Kehadiran mesyuarat terdiri daripada ketua jabatan persekutuan yang beroperasi di Wisma Persekutuan Betong. Hadir bersama ke mesyuarat ini ialah Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search