- JBS Sarawak
- Hits: 12
Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak Terima Dana Sukan Komuniti KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 10 MAC 2026 – Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak telah berjaya menganjurkan Kejohanan Xiang Qi Terbuka Sarawak dengan sokongan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah DSK Jendela 1. Kejohanan ini telah berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac 2026 bertempat di Bangunan Hopoh, Miri.
Seramai 39 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang terdiri daripada 30 peserta lelaki dan 9 peserta wanita. Penyertaan yang diterima menunjukkan minat yang berterusan terhadap permainan Xiang Qi dalam kalangan komuniti setempat serta pemain dari pelbagai latar belakang.
Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri, hadir bagi memantau program di bawah DSK KBS, turut hadir Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, bagi menyampaikan hadiah kepada para peserta kejohanan Xiang Qi Terbuka Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
