- JBS Sarawak
- Hits: 6
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu 2026 Meriah Di Masjid Darul Firdaus
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan Oleh: MCG,PBSB Sibu
SIBU, 7 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2026 bertempat di Masjid Darul Firdaus dengan penglibatan belia serta komuniti setempat.
Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan di samping menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kerohanian yang dapat meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Tadarus Al-Quran, yang memberi peluang kepada para peserta untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran secara bersama. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta yang hadir.
Program turut diteruskan dengan majlis berbuka puasa secara bersama-sama yang melibatkan para peserta, pembimbing serta pihak pengurusan masjid. Suasana penuh harmoni dan kebersamaan jelas dirasai sepanjang program berlangsung.
Penganjuran program ini diharap dapat terus memperkukuhkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan serta menjadi platform yang positif dalam membentuk sahsiah dan jati diri belia di Bahagian Sibu.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#PBSBSibu
#rakanmuda
