- JBS Sarawak
- Hits: 30
Program Rakan Muda Ramadan Santuni Belia Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 10 Mac 2026 – Sempena bulan Ramadan yang mulia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kapit 2026 pada 4 Mac lalu bertempat di Masjid Jabal An-Nur, Kapit.
Program yang berteraskan kerohanian dan kesukarelawanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Kapit, Ustaz Kassim bin Mohidin dan diiringi oleh Pegawai Belai dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis. Sokongan daripada agensi agama tempatan ini amat bermakna dalam memperkukuh usaha jabatan untuk membentuk sahsiah dan jati diri golongan belia.
Inisiatif di bawah payung Rakan Muda ini bermatlamat untuk menggalakkan penglibatan aktif belia tempatan dalam aktiviti kemasyarakatan, di samping bersama-sama mengimarahkan institusi masjid sepanjang bulan puasa. Pengisian program dirangka bagi memupuk nilai-nilai murni, kepimpinan, serta semangat keprihatinan dalam komuniti.
PBSB Kapit sentiasa komited untuk menyediakan platform yang bermanfaat agar generasi muda di bahagian ini terus mendasari gaya hidup yang positif dan holistik, selari dengan aspirasi pembangunan belia negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
#RakanMuda
