Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 19 Disember 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Kapit yang diadakan di Wisma Persekutuan Kapit pada petang semalam yang dianjurkan oleh pejabat tersebut. Acara ini bukan sekadar perjumpaan biasa, tetapi sebuah platform istimewa untuk mengeratkan hubungan, berkongsi kegembiraan, dan menyemarakkan semangat kerja berpasukan dalam suasana penuh ceria.
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan melalui interaksi santai dan penuh harmoni. Selain itu, program seumpama ini dapat menyemarakkan suasana mesra dengan elemen perayaan yang membawa keceriaan kepada semua. Sesi pertukaran hadiah menjadi detik yang dinanti-nantikan, menyaksikan senyuman dan gelak tawa daripada semua yang hadir.
PBSB Kapit ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PTK Kapit atas jemputan ini. Kami yakin program seperti ini bukan sahaja meningkatkan kerjasama tetapi juga menyuntik semangat positif dalam kalangan kakitangan pelbagai jabatan.
- JBS Sarawak
- Hits: 176