PERKONGSIAN TATACARA PERMOHONAN BANTUAN BADAN SUKAN

Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 24 February 2026 - Setiap Pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Pindaan 2019) (Akta A1710) dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) boleh mengemukakan permohonan bantuan kewangan untuk melaksanakan program secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu. Sehubungan dengan itu, pejabat telah menerima kunjungan daripada Kelab Bakong Village Dart Club pagi semalam. 

Encik Howard Bunsu Anak Resik, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan tatacara yang harus dilakukan oleh kelab untuk membuat permohonan bantuan. Di samping itu, pihak kelab dikehendaki menghantar laporan tahunan atau Maklumat yang Kena Beri (MYKB) kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memastikan status kelab sentiasa aktif. Selain itu, beliau menerangkan secara ringkas berkenaan Geran Padanan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (GPS KBS) yang bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan di peringkat Kementerian/ Kerajaan Negeri/ Jabatan/ Agensi di peringkat Persekutuan & Negeri/ Persatuan Sukan / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/ Koperasi/ Syarikat. Sesi perjumpaan tersebut turut disertai Pengerusi kelab dan Setiausaha kelab.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search