- JBS Sarawak
- Hits: 15
PBSB Sibu Komited Tingkat Profesionalisme Melalui Varifikasi SKM Tahap 3
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: MCG, PBSB Sibu
SIBU, 27 Februari 2026 – Pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah menyertai Sesi Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia yang dilaksanakan secara dalam talian.
Sesi verifikasi tersebut telah disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman bersama Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Encik Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan kompetensi profesional dalam bidang pembangunan belia.
Proses verifikasi ini merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memastikan calon memenuhi tahap kompetensi yang digariskan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Pelaksanaan sesi ini diharap dapat meningkatkan bilangan pegawai belia dan sukan yang berkemahiran serta bertauliah, seterusnya memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan pembangunan belia khususnya di Bahagian Sibu selaras dengan usaha memperkasakan profesionalisme pekerja belia.
