PERJUMPAAN SECARA ATAS TALIAN BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 26 FEBRUARI 2026 — Buat julung kali nya warga JBSN Sarawak berpeluang untuk bertemu secara bersemuka mahupun di atas talian bersama YB Timbalan Menteri Belia Dan Sukan yang baru iaitu Tuan Mordi Anak Bimol yang juga merupakan anak jati kelahiran Sarawak.

Dalam ucaptama penuh bermakna tersebut, beliau memandang serius serta menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan keluarga besar baru beliau terutamanya kepada seluruh warga kerja  JBS Negeri Sarawak, Sabah dan juga Labuan. Perjumpaan tersebut turut bertukar pandangan serta mendengarkan  keluhan dari semua pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak yang telah hadir secara bersemuka mahupun atas talian. 

Akhir kata, beliau amat berharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua warga JBS Negeri Sarawak dari setiap pelusuk negeri agar semua program yang akan laksanakan pada masa yang terdekat berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan sehingga ke peringkat akar umbi.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search