MAJLIS PENUTUPAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) iv 2026

MAJLIS PENUTUPAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) iv 2026

Disediakan Oleh : NFS, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 9 Februari 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Lamat ak Nyalau telah mengadakan lawatan kerja ke Bandar Simanggang sempena kehadiran beliau sebagai tetamu jemputan Majlis Penutupan Sukan Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman, semalam.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak dan menghimpunkan pelbagai kontinjen serta agensi berkaitan sukan dari seluruh negeri.

Lawatan kerja ini merupakan lawatan pertama beliau bagi tahun 2026 yang memfokuskan kepada pelaksanaan program belia, sukan dan Rakan Muda. Ia bertujuan memperkukuh kerjasama serta kolaborasi antara pejabat di peringkat bahagian dengan agensi rakan strategik di seluruh Sarawak.

Dalam perkembangan berkaitan, PBSB Sri Aman telah diberi peranan penting dalam penganjuran temasya SUKSAR 2026 sebagai penyelaras sukarelawan. Pasukan ini akan membantu aspek teknikal dan urusetia kejohanan yang dijadual berlangsung selama tujuh hari melibatkan lokasi di sekitar Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search