PERASMIAN HUB IKAN BULU SRI AMAN

Disediakan Oleh : NFS, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 10 Februari 2026 — Ikan bulu merupakan antara spesies ikan yang banyak didapati di Sungai Batang Lupar dan menjadi sumber ekonomi serta tarikan eko pelancongan kepada penduduk tempatan di sekitar Sri Aman.

Perasmian Hub Pemprosesan Produk Ikan Bulu di Air Panas, Bandar Simanggang oleh Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, telah membuka peluang kepada usahawan muda tempatan, Nur Ilzzaty Zalaluddin, 32, untuk mengusahakan kilang pemprosesan ikan bulu menjadi produk makanan segera bagi tujuan pemasaran komersial serta tarikan pelancong ke bandar tersebut.

Menurut Nur Ilzzaty, penubuhan hub berkenaan bukan sahaja membantu meningkatkan nilai tambah hasil perikanan tempatan, malah mampu memperluaskan pasaran produk berasaskan ikan bulu ke peringkat yang lebih luas.

Beliau yang pernah memenangi Anugerah Usahawan Muda oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia tahun lalu, turut menerima sokongan daripada pelbagai agensi berkaitan.

Sementara itu, wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Khalid Hamid, berkata pembukaan hub tersebut berpotensi menjadi pemangkin kepada golongan belia luar bandar untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan produk tempatan seperti pembuatan beg manik, sulaman tradisional serta penghasilan makanan tempatan.

Katanya, inisiatif seperti ini selari dengan usaha kerajaan dalam memperkasa ekonomi komuniti setempat dan menggalakkan penyertaan belia dalam sektor keusahawanan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search