- JBS Sarawak
- Hits: 35
SESI VERIFIKASI PPL-PPT PELAKSANAAN KERJA BELIA [S941-001-3:2020] SECARA ATAS TALIAN
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 26 FEBRUARI 2026 – Encik Hj Khalid bin Hamid, Encik Howard Bunsu Anak Resik dan Puan Norfazira binti Saadi selesai menjalani sesi verifikasi akhir bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Sesi penilaian bagi bidang Pelaksanaan Kerja Belia tersebut telah dilaksanakan secara dalam talian bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Puan Rauzoh binti Darus.
Prosedur verifikasi ini merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi mengesahkan kompetensi calon melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sepanjang sesi penilaian, aspek pengetahuan teknikal serta bukti keterampilan pengalaman kerja calon telah disemak secara terperinci bagi memastikan pematuhan terhadap Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Penyelesaian sesi verifikasi ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pegawai yang memiliki persijilan profesional di setiap dearah, sekaligus mendukung objektif jabatan dalam memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan pembangunan belia di bahagian ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
