- JBS Sarawak
- Hits: 29
Belia Peka, Pencegahan Sebelum Terlambat
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 27 FEBRUARI 2026 – Satu ceramah bertajuk Hindari Gangguan Seksual dalam Kalangan Belia telah disampaikan oleh Cik Rapunzel di SMK Merbau. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar berkaitan isu gangguan seksual yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja masa kini.
Ceramah tersebut menekankan tiga (3) aspek utama iaitu kesedaran, pencegahan dan tindakan.
Dalam aspek kesedaran, para pelajar diberikan pendedahan mengenai definisi gangguan seksual, bentuk-bentuk gangguan sama ada secara fizikal, lisan mahupun dalam talian, serta kesan negatif terhadap emosi dan kesejahteraan mangsa.
Cik Rapunzel, Johan Kategori Wanita bagi Anugerah Perdana Belia Sarawak 2025 dan penggerak utama Skuad Sukarelawan Anak Malaysia di Bahagian Miri, hadir bagi menekankan komitmen beliau yang berterusan dalam mendidik belia tentang keselamatan diri, nilai sahsiah, dan tanggungjawab sosial.
Program ini dianggap sebagai salah satu inisiatif terbaik dalam membentuk kesedaran awal pelajar agar lebih peka, berani bersuara, dan bertindak sebelum terlambat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan harmoni di sekolah serta komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
