PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 26 FEBRUARI 2026 : Satu perbincangan berkenaan dengan program rakan muda peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada 24 Februari 2026 (Selasa) oleh Cawangan Pembangunan Rakan Muda Negeri.  Perbincangan  yang diadakan secara atas talian telah dihadiri oleh pegawai Rakan Muda di setiap negeri.

Antara maklumat penting yang disampaikan adalah berkenaan dengan persiapan dan penyelarasan program RMR Peringkat Negeri yang akan di laksanakan Jabatan Belia dan SUkan Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan pada 13 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Malek Taman Uni Garden Kota Samarahan. Pelaksanaan aktiviti utama adalah Khatam Al-Quran yang akan di sertai oleh peserta dari seluruh bahagian di Sarawak. Antara aktiviti sampingan merangkumi pengagihan bubur lambuk, qiamullail, solat jumaat dan majlis khatam al-Quran yang akan disertai seramai 1000 orang peserta. 

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search