- JBS Sarawak
- Hits: 30
Semua Pegawai PBSB Kapit Selesai Penilaian SKM Tahap 3
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 4 MAC 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah melakar pencapaian penting apabila kesemua pegawainya kini selesai menjalani sesi penilaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang Pelaksanaan Kerja Belia.
Pencapaian ini susulan daripada penyelesaian sesi penilaian portfolio Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Martin Sherman Anak Minggu secara dalam talian pada 23 Februari lalu. Sesi verifikasi akhir tersebut telah dikendalikan secara profesional oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Puan Natrah Esa bagi membuktikan kompetensi dan tahap keterampilan yang memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Penyelesaian proses penilaian oleh semua pegawai di bahagian ini menyokong hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melayakkan setiap pegawai memperolehi pensijilan SKM Tahap 3. Pengiktirafan rasmi ini diyakini akan memberikan nilai tambah yang signifikan terhadap tahap profesionalisme dan kecekapan operasi jabatan.
PBSB Kapit terus komited dalam memastikan setiap warga kerjanya dilengkapi dengan kemahiran yang diiktiraf bagi memantapkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada komuniti belia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#HarungiBersama
#pbsbkapit
