Majlis Makan Malam Dan Penghargaan Persatuan Wushu Bahagian Mukah dan Kelab Wushu Dalat

Majlis Makan Malam Dan Penghargaan Persatuan Wushu Bahagian Mukah dan Kelab Wushu Dalat

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 6 MAC 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput hadir bersama ke Majlis Makan Malam dan Penghargaan Persatuan Wushu Bahagian Mukah dan Kelab Wushu Dalat Tahun 2026 pada 14 Februari 2026 di Hotel Kingwood Mukah. Majlis tersebut sebagai menghargai agensi, pengurusan persatuan dan kelab serta para atlet yang telah terlibat sepanjang tahun 2025 dalam program Persatuan Wushu Bahagian Mukah dan Kelab Wushu Dalat. 

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian dan beliau turut menyumbangkan peruntukan sebanyak RM10,000.00 kepada Persatuan Wushu Bahagian Mukah bagi penganjuran aktiviti persatuan. Undangan pejabat telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Noorlina Mirais. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Wushu Bahagian Mukah dan Kelab Wushu Dalat atas penglibatan aktif dalam sukan wushu di pelbagai peringkat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search