SUNTIK KEROHANIAN BELIA, PEJABAT BELIA DAN SUKAN SAMARAHAN GERAKKAN PROGRAM RAMADAN

SUNTIK KEROHANIAN BELIA, PEJABAT BELIA DAN SUKAN SAMARAHAN GERAKKAN PROGRAM RAMADAN

Disediakan Oleh: NL

SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan berjaya menghimpunkan belia setempat menerusi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang berlangsung di Masjid Darul Ikhlas, Kampung Sindang, hari ini.

Program sempena 8 Ramadan 1447H ini dianjurkan bagi menyemarakkan syiar Islam menerusi aktiviti tadarus Al-Quran dan perkongsian gaya hidup Rakan Muda. Selain pengisian kerohanian, para peserta turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa, sekali gus mengukuhkan semangat kerjasama antara generasi muda dan kariah masjid.

Inisiatif proaktif penganjur ini menjadi platform penting untuk menjadikan masjid sebagai hub aktiviti belia yang positif dan inklusif di Bahagian Samarahan sepanjang bulan yang mulia ini.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search