- JBS Sarawak
- Hits: 25
Pemakluman Program Pejabat Kepada Yang Berhormat ADUN N.57 Tellian
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 2 MAC 2026 – Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Hatijah Halidi telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Khidmat Masyarakat Yang Berhormat Tuan Royston Valentine ADUN N.57 Tellian pada 2 Mac 2026. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada beliau program terkini pejabat yang akan dianjurkan pada masa terdekat. Selain itu, kehadiran para pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah adalah untuk menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan Yang Berhormat dalam program pejabat.
Yang Berhormat telah dimaklumkan program terkini yang akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini iaitu Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026/1447H. 5 lokasi telah dipilih bagi pelaksanaan program tersebut iaitu di Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama, Masjid Al-Muhsininn, Daro, Surau Darul Solihin, MRSM Mukah, Surau SMK Belawai dan Madrasah Al-Quran Mukah. Program akan bermula pada 1-8 Mac 2026 ini diisi dengan aktiviti tadarus melibatkan belia berumur 15-30 tahun dan terhad kepada 150 orang peserta sahaja. Peserta yang terlibat akan disediakan sijil penyertaan dan pejabat berharap para belia bersama-sama mengimarahkan aktiviti tadarus di bulan Ramadahan ini di lokasi yang telah ditetapkan.
