- JBS Sarawak
- Hits: 29
PBSB SARIKEI HADIR DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JBSN BULAN FEBRUARI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan Oleh : Nyawin Sirai, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 2 Mac 2026 — Bagi membuka lembaran baru bulan Mac, Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Dan Sukan Negara untuk Bulan Februari 2026 yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Majlis tersebut yang dihadiri secara bersemuka dan di atas talian oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negara turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PBSB Sarikei.
Dalam perutusan nya, YBrs Ketua Pengarah menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, semangat kerjasama berpasukan serta komitmen yang berterusan dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan negara yang merupakan tunjang utama jabatan ini. Sebaik selesai mendengar amanat dari Ketua Pengarah JBSN, para hadirin disajikan dengan tayangan slaid aktiviti bulanan dan senarai pertukaran keluar – masuk pegawai JBSN seluruh negara.
Kemuncak pengisian program pada pagi itu adalah penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan JBSN yang diadakan khas bagi menghargai kecemerlangan dan dedikasi pegawai dalam melaksanakan tugas. Tidak lupa juga diadakan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai yang lahir pada bulan Februari sebagai tanda penghargaan dan megeratkan silaturahim dikalangan warga kerja JBSN.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
