- JBS Sarawak
- Hits: 21
JBSN Sarawak Sertai Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara Februari 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 2 Mac 2026-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah menyertai Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi bulan Februari 2026 yang diadakan pada 2 Mac 2026 secara atas talian dari Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Dalam ucapan amanatnya, beliau menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, semangat kerja berpasukan serta komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan negara.
Majlis turut menyaksikan sesi pertukaran keluar masuk pegawai JBSN sebagai usaha penstrukturan dan pengukuhan organisasi.
Selain itu, penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan JBSN telah diadakan bagi menghargai kecemerlangan dan dedikasi pegawai dalam melaksanakan tugas.
Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun kelahiran pegawai yang lahir pada bulan tersebut sebagai tanda penghargaan dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga jabatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
