- JBS Sarawak
- Hits: 18
SESI PENILAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SESI VERIFIKASI PPL-PPT) - PELAKSANAAN KERJA BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 6 Mac 2026 - Satu Sesi Penilaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pelaksanaan Kerja Belia telah berlangsung secara dalam talian. Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menghadiri dan terlibat dalam sesi penilaian tersebut sebagai sebahagian daripada proses pengiktirafan kemahiran dalam bidang kerja belia.Sesi penilaian ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazan bin Hj. Dahari, Pengarah merangkap Pegawai Pusat Bertauliah (PPB) SKM daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan. Penilaian ini bertujuan menilai kompetensi, pengetahuan dan pengalaman peserta dalam melaksanakan program serta aktiviti pembangunan belia secara profesional dan sistematik. Program ini selaras dengan usaha memperkasa profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
