- JBS Sarawak
- Hits: 29
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu Meriahkan Aktiviti Penghayatan Al-Quran
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan Oleh : MCG,PBSBSIBU
SIBU, 7 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Halim, Teku. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.
Antara aktiviti utama yang diadakan sepanjang program ialah Tadarus Al-Quran dan Quran Hours, yang memberi peluang kepada para peserta untuk membaca, memahami serta menghayati isi kandungan Al-Quran secara bersama. Aktiviti ini juga dapat memupuk nilai kerjasama, disiplin serta semangat kebersamaan dalam kalangan belia yang terlibat.
Selain itu, program turut diserikan dengan pengagihan bubur lambuk kepada para peserta dan pembimbing sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam menjayakan program ini.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang berterusan dalam membentuk belia yang seimbang dari segi rohani dan sahsiah, selaras dengan matlamat pembangunan belia yang holistik di Bahagian Sibu. Kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu serta pihak JKP Masjid Darul Halim juga dilihat mampu memperkukuhkan lagi pelaksanaan program-program belia pada masa akan datang.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#PBSBSibu
#rakanmuda
