- JBS Sarawak
- Hits: 23
Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan: Pelaksanaan Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 9 MAC 2026 – Sebanyak lima (5) buah masjid dan surau di Bahagian Miri telah terpilih bagi melaksanakan aktiviti tadarus Al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Miri 2026 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri.
Masjid dan surau yang terlibat ialah:
Masjid Al-Ummah, Fasa 3, 4 dan 5 Lutong
Surau Sinar Islam, Kampung Pulau Melayu
Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya
Surau Al-Anbiyaa, Kampung Wawasan Lusut Lambir
Masjid Jamal Ad-Deen, Taman Jelita Miri
Program ini bertujuan menjadi platform yang mampu menarik minat belia untuk mengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak melalui pengisian aktiviti kerohanian yang bermanfaat.
Selain itu, program ini juga berperanan dalam membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan, di samping memupuk nilai sahsiah, disiplin diri serta semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.
Pelaksanaan tadarus ini diharap dapat melahirkan generasi belia yang lebih cakna terhadap kepentingan penghayatan Al-Quran serta memperkukuh hubungan antara institusi masjid dan golongan muda di Bahagian Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
