Sumbangan Ikhlas Bubur Eratkan Silaturahim Warga JBSN Sarawak

Sumbangan Ikhlas Bubur Eratkan Silaturahim Warga JBSN Sarawak

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

KUCHING, 6 Mac 2026– Cawangan Pentadbiran dan Perkhidmatan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan program sumbangan ikhlas bubur sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga jabatan.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat anak Nyalau. Bubur yang disediakan telah diagihkan kepada pegawai dan kakitangan jabatan sebagai juadah ringkas.

Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja, malah memupuk nilai keprihatinan dan semangat bekerjasama. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengukuhkan lagi keharmonian serta semangat kekitaan dalam organisasi.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 07-03-2026, 11:49:47

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search