- JBS Sarawak
- Hits: 28
Masjid Darul Hidayah, Kidurong Mengikuti Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid: Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 06 MAC 2026: Program Rakan Muda Ramadhan x Rakan Masjid: Tadarus Al-Quran peringkat bahagian Bintulu tahun 2026 telah diadakan semalam 5 Mac 2026 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong.
Program Rakan Muda Ramadhan adalah program ikonok yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan belia yang berumur 13 hingga 30 tahun bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat serta mendapat keberkatan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan.
Pada tahun ini pengisian program Rakan Muda Ramadhan adalah Tadarus Al-Quran yang dianjurkan pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama pihak Masjid Darul Hidayah, Kidurong.
Selain memperkukuhkan amalan membaca Al-Quran sepanjang Ramadan, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara belia dan masyarakat setempat. Para peserta turut berpeluang meningkatkan kefahaman bacaan Al-Quran melalui bimbingan daripada fasilitator yang berpengalaman.
Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat cintakan Al-Quran serta menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk aktif dalam aktiviti keagamaan di masjid.
Secara keseluruhannya, program Rakan Muda Ramadan x Rakan Masjid: Tadarus Al-Quran bukan sahaja berjaya menghidupkan suasana Ramadan, malah turut memperkukuhkan peranan belia dalam memakmurkan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
