- JBS Sarawak
- Hits: 16
Kesyukuran Dalam Kesantunan Di PBSB Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 5 MAC 2026 – Suasana di Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Bahagian Sibu hari ini ceria dengan kehadiran rakan strategik daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Dalam inisiatif murni ini, pasukan BSN telah mengagihkan biskut kepada semua agensi yang beroperasi di Wisma Persekutuan Blok 3 Sibu sebagai tanda penghargaan dan jalinan ukhuwah antara sektor perbankan dan jabatan kerajaan.
Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, mewakili seluruh warga PBS Bahagian Sibu. Beliau menzahirkan rasa terima kasih atas ingatan tulus ikhlas pihak BSN yang sedikit sebanyak menceriakan waktu bertugas para penjawat awam di sini.
Semoga kerjasama erat seperti ini terus mekar demi kesejahteraan komuniti di Bahagian Sibu!
#PBSBSibu #BSNMalaysia #CSR #SibuCity #JBSNBersama
