- JBS Sarawak
- Hits: 21
Semarak Ramadan Di Wisma Persekutuan Sibu Dengan Agihan Bubur Lambuk
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 6 MAC 2026 – Suasana petang di lobi Wisma Persekutuan Blok 3 Sibu hari ini bertukar meriah apabila warga Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Bahagian Sibu turut bersama-sama turun padang bagi memeriahkan aktiviti agihan bubur lambuk kepada seluruh komuniti penjawat awam di sini.
Program murni ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat P. 212 Sibu sebagai satu inisiatif bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Majlis agihan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Oscar Ling Chai Yew, yang hadir secara peribadi bagi mengagihkan hidangan tradisi tersebut kepada warga Wisma Persekutuan Blok 3 Sibu. Kehadiran beliau disambut baik oleh para petugas dari pelbagai agensi kerajaan yang kelihatan ceria menerima sumbangan tersebut sebagai juadah berbuka puasa.
Penglibatan PBS Bahagian Sibu dalam aktiviti komuniti seumpama ini bukan sahaja bertujuan untuk menyokong program anjuran wakil rakyat tempatan, malah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara jabatan kerajaan dan pusat khidmat masyarakat demi kesejahteraan warga Sibu.
#PBSBSibu #BuburLambuk #Ramadan2026 #WismaPersekutuanSibu #JBSNBersama
