- JBS Sarawak
- Hits: 45
Majlis Khatam Al-Quran Kukuhkan Penghayatan Al-Quran Dalam Kalangan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 9 MAC 2026 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 7 Mac 2026 bertempat di Surau Al-Anbiyaa, Lusut Jaya. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Program Rakan Muda Ramadan yang bertujuan menyemarakkan amalan membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
Program ini melibatkan penyertaan belia serta ahli kariah yang telah mengikuti aktiviti tadarus Al-Quran yang dijalankan secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan. Majlis khatam ini diadakan sebagai simbolik penutup kepada aktiviti tadarus yang telah dilaksanakan.
Setelah selesai majlis khatam, sesi penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Sijil tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan para peserta dalam menjayakan aktiviti tadarus Al-Quran.
Selain itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada pihak Surau Al-Anbiyaa sebagai tanda penghargaan atas kesudian menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan serta memperkukuh hubungan antara belia dan komuniti melalui penghayatan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Al-Quran.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
