MENGHADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN SOSIAL BAHAGIAN SAMARAHAN BIL.1/2026

MENGHADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN SOSIAL BAHAGIAN SAMARAHAN BIL.1/2026

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 27 FEBRUARI 2026 – Komited dalam memastikan kesejahteraan komuniti terus terpelihara, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pemantauan Sosial Bahagian Samarahan Bil.1/2026 telah diadakan anjuran Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan dihadiri oleh En. Freddy anak Jombing, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan serta agensi-agensi kerajaan dan NGO’s di bahagian Samarahan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi mengenalpasti serta mengumpul data berkaitan isu-isu sosial yang berlaku di peringkat Bahagian Samarahan. Perbincangan dijalankan secara terbuka dan konstruktif dengan penglibatan pelbagai agensi bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi semasa di lapangan.

Selain itu, mesyuarat turut memfokuskan kepada perancangan program-program yang bersesuaian dan berimpak tinggi dalam menangani isu sosial secara lebih tersusun dan berstrategi. Pendekatan kolaboratif ini diyakini mampu memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi serta memastikan setiap tindakan yang dirancang benar-benar menyasarkan keperluan masyarakat.

Melalui sesi ini, komitmen berterusan semua pihak jelas terpancar dalam usaha membina komuniti yang lebih sejahtera, harmoni dan berdaya tahan di Bahagian Samarahan.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search