PARA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN SAMARAHAN ‘MULTITASKING’ MEREKABENTUK POSTER BAGI PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PARA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN SAMARAHAN ‘MULTITASKING’ MEREKABENTUK POSTER BAGI PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 27 FEBRUARI 2026 – Kreatif, komited dan serba boleh! Itulah gambaran tepat buat para pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan apabila mereka turun padang mengasah kemahiran digital dengan mereka bentuk poster rasmi bagi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 Peringkat Negeri Sarawak.

Bukan sekadar melaksanakan tugasan hakiki, para pegawai turut menunjukkan semangat multitasking dengan memanfaatkan aplikasi Canva sebagai medium utama menghasilkan bahan pembentangan yang kreatif, menarik dan berimpak tinggi. Inisiatif ini selari dengan pendekatan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kemahiran digital serta komunikasi visual yang efektif.

Antara fokus utama aktiviti adalah mereka bentuk grafik bagi penghasilan backdrop banner dan bunting rasmi program. Setiap rekaan diolah dengan elemen moden, warna yang harmoni serta mesej yang jelas bagi memastikan promosi program lebih tersusun dan profesional.

Selain meningkatkan kemahiran teknikal, sesi ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dalam suasana santai tetapi produktif. Kerjasama erat, idea yang pelbagai serta semangat saling membantu jelas terpancar sepanjang proses kreatif berlangsung. Nilai keprihatinan sosial dan rasa tanggungjawab terhadap kejayaan program turut menjadi tunjang utama aktiviti ini.

Program ini melibatkan penyertaan penuh para Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan yang komited dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 di peringkat negeri.

Dengan gabungan kreativiti dan semangat berpasukan, Samarahan membuktikan bahawa pegawai belia bukan sahaja aktif di lapangan, malah cekap dan berdaya saing dalam dunia digital.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search