- JBS Sarawak
- Hits: 27
PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 24 FEBRUARI 2026 - Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah diadakan secara dalam talian yang dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian di seluruh Sarawak.
Perbincangan ini diadakan bertujuan menyelaras perancangan dan pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang akan diadakan pada 13 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Malik UniGarden Kota Samarahan yang akan menghimpunkan para belia dari seluruh bahagian di Negeri Sarawak.
Pelbagai program dan aktiviti telah dirancangkan bersama dengan Jawatankuasa Induk Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak 2026M/1447H. Antaranya Rakan Ekspresi – Qiamullail, Rakan Ekspresi - Bubur Lambuk, Solat Jumaat dan Majlis Khatam Al-Quran yang akan dirasmikan oleh YB. Datuk Hamzah bin Brahim, ADUN N.17 Stakan. Melalui pengisian yang dirangka ini ianya mampu menarik minat golongan belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak bagi tahun ini justeru memberi manfaat dan memberi penekanan kepada pengisian kerohanian dalam membentuk sahsiah belia, di samping membudayakan amalan sunah sepanjang bulan Ramadan.
Selain itu, inisiatif ini turut menjadi medium memperkukuh jalinan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia Negeri Sarawak daripada pelbagai latar belakang melalui pendekatan program yang inklusif dan menyatukan.
Pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan ini diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyuntik nilai positif dalam pembangunan belia Sarawak secara menyeluruh.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsdsamarahan
