- JBS Sarawak
- Hits: 21
HAWK LADYS TUG OF WAR MENGHANGATKAN LAGI ARENA TARIK KALAT BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 27 FEBRUARI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang berbesar hati dengan kehadiran Kelab Tarik Tali Wanita iaitu Hawk Ladys Tug Of War bagi mendaftarkan kelab mereka bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini membuktikan bahawa penyertaan sukan dari pelbagai latar belakang sangat aktif di Bahagian Limbang.
Pengerusi kelab tersebut, Nurasyikin Binti Yunus telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bersama AJK tertinggi kelab tersebut bagi mendaftarkan kelab mereka. Encik Zaini Bin Abd Talib, Pegawai Unit Pembangunan Sukan, PBSB Limbang telah membantu didalam proses pendaftaran kelab tersebut.
Pihak PBSB Limbang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berharap agar kelab tersebut akan diuruskan dengan sebaiknya. Semoga dengan itu dapat memeriahkan serta memartabatkan lagi arena sukan Tarik talikhususnya di Bahagian Limbang
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
