PERBINCANGAN BERSAMA YADIM NEGERI SARAWAK SELAKU RAKAN STRATEGIK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PERBINCANGAN BERSAMA YADIM NEGERI SARAWAK SELAKU RAKAN STRATEGIK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

KUCHING, 26 FEBRUARI 2026 – Sesi Perbincangan Bersama Rakan Strategik iaitu YADIM Negeri Sarawak bagi menjayakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak dengan dihadiri bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pengarah YADIM Negeri Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan YADIM Negeri Sarawak sebagai langkah memperkukuh perancangan pengisian Ramadan buat golongan belia di Negeri Sarawak secara umumnya.

Inisiatif ini menjadi platform penting dalam menarik minat belia mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian yang lebih tersusun dan berimpak. Antara aktiviti utama yang bakal dilaksanakan ialah Khatam Al-Quran, penyediaan Bubur Lambuk, Qiamullail serta penglibatan dalam Solat Jumaat secara berjemaah.

Program ini menyasarkan penyertaan seramai 400 orang belia dari seluruh Sarawak, sekali gus memupuk penghayatan amalan sunah, memperkasa nilai spiritual dan mengeratkan ukhuwah tanpa mengira latar belakang.

Majlis akan diserikan dengan kehadiran YB Hamzah bin Brahim ADUN N.17 Stakan yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa pembangunan sahsiah belia melalui pendekatan masjid sebagai pusat penyatuan ummah.

Kerjsama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama YADIM Negeri Sarawak melalui program ini diyakini mampu menyuntik semangat baharu dalam kalangan belia untuk menjadikan Ramadan sebagai medan transformasi diri dan pengukuhan jati diri.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search