PEGAWAI-PEGAWAI BELIA SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN HADIR LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

PEGAWAI-PEGAWAI BELIA SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN HADIR LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

KUCHING, 13 FEBRUARI 2026 — Para pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan hadir ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi bersama-sama YB. Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan pengukuhan pembangunan belia dan sukan di negeri Sarawak.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta para Pegawai Belia dan Sukan. Satu sesi taklimat komprehensif telah disampaikan merangkumi peranan jabatan, pencapaian semasa, status penyelenggaraan fasiliti serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program belia dan sukan di peringkat negeri.

Dalam ucapan YB Timbalan Menteri, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen warga jabatan dan menekankan keperluan memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memperluas impak program kepada golongan belia secara menyeluruh dan inklusif.

Lawatan turut diisi dengan tinjauan fasiliti utama kompleks serta sesi interaksi bersama atlet para olahraga yang sedang menjalani latihan sebagai tanda sokongan berterusan kementerian terhadap pembangunan atlet dan sukan berprestasi tinggi.

Program ini turut disertai pegawai dan kakitangan jabatan secara bersemuka, selain penyertaan secara dalam talian oleh warga jabatan dari seluruh negeri Sarawak.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search