- JBS Sarawak
- Hits: 9
Sesi Perbincangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan Oleh : MCG,PBSBSIBU
SIBU, 13 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu sebagai persiapan awal bagi memastikan kelancaran program sepanjang bulan Ramadan akan datang.
Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah wakil daripada Surau Darul Ukhuwah serta Pengerusi Masjid Darul Firdaus bagi membincangkan bentuk kerjasama dan pengisian program yang bersesuaian.
Perbincangan memberi tumpuan kepada perancangan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan yang mampu menarik penyertaan golongan belia setempat. Cadangan yang dibincangkan adalah program tadarus al-Quran.
Melalui kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bersama pihak surau dan masjid, program ini diharapkan dapat menjadi platform yang efektif dalam menyemarakkan semangat kesukarelawanan serta mengimarahkan bulan Ramadan dalam kalangan belia.
