Taklimat Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Rakan Muda (KRM) Mukah

Taklimat Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Rakan Muda (KRM) Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 12 FEBRUARI 2026 – Taklimat penubuhan dan pendaftaran Kelab Rakan Muda (KRM) Mukah telah diadakan pada 12 Februari 2026 di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Mukah. Sesi taklimat telah disampaikan Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Rakan Muda di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama PPKS Mukah bagi merealisasikan penubuhan KRM Mukah selaras saranan Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Pejabat berharap dengan penubuhan dan pendaftaran KRM Mukah nanti akan menjadi platform bersama pejabat dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Rakan Muda di Mukah. Hadir sama semasa taklimat diadakan ialah Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadir Cik Munnierah Salleh, Pegawai PPKS Mukah, Puan Hironie Malike dan Puan Siti Nor Katini Busri bersama tenaga pengajar yang lain. 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search