- JBS Sarawak
- Hits: 8
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Anak Bimol Lawat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 13 Februari 2026 — YB Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi meninjau kemudahan serta perkembangan semasa sektor belia dan sukan di negeri ini.
Ketibaan beliau disambut oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang seterusnya menyampaikan taklimat ringkas mengenai fungsi jabatan, status fasiliti sedia ada serta isu-isu semasa berkaitan pengurusan dan pembangunan program belia dan sukan di Sarawak.
Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga jabatan, menekankan kepentingan kerjasama berpasukan, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan.
Beliau turut dibawa melawat fasiliti di sekitar kompleks termasuk sesi ramah mesra bersama atlet para olahraga yang sedang menjalani latihan di kompleks berkenaan.
Lawatan ini turut disertai pegawai dan kakitangan jabatan secara fizikal serta penyertaan dalam talian daripada warga jabatan di seluruh negeri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
