- JBS Sarawak
- Hits: 38
Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Perkukuh Kerjasama Dengan Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Februari 2026 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YB Tuan Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, kepada YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah,Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak hari ini.
Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak khususnya dalam pembangunan belia dan sukan.
Kunjungan hormat ini turut menjadi platform perbincangan mengenai penyelarasan program, perkongsian kepakaran serta sokongan terhadap penganjuran acara sukan berskala besar termasuk persediaan temasya Sukan SEA 2027.
Turut hadir ialah YB Datuk Gerald Rentap Jabu,Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Yang Berusaha Encik Dzulkornain Bin Masron, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak,Yang Berbahagia Datuk Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), serta Encik Lamat Anak Nyalau,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pertemuan ini diharap mampu memperkukuh sinergi kedua-dua pihak dalam memacu pembangunan belia yang holistik serta meningkatkan kecemerlangan sukan di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
