- JBS Sarawak
- Hits: 52
BELIA BARAM SERTAI PROGRAM RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE@ PARLIMEN PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2024
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 27 NOVEMBER 2024 – Program Rakan Mahir : Skills For Life@ Parlimen Peringkat Bahagian Miri 2024 telah dilaksanakan di Pusat Giat Mara Baram pada 21 November 2024. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada belia berumur 15 hingga 30 tahun dari Pusat Giat Mara Baram telah berjaya menamatkan kursus jangka pendek program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Belia Kristian Rhema dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Baram.
Kursus jangka pendek yang telah disertai belia di Pusat Giat Mara Baram ialah Smartphone Videografi oleh TC Mohd Sharif Fuad Mohd Yunus, penceramah dari ILP Miri. Program tersebut telah diisi dengan teori dan amali berkenaan aplikasi videografi menggunakan telefon bimbit pintar dan saluran digunakan untuk penjanaan pendapatan. Hadir ke majlis penutupan program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen 2024 ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Zakaria bin Abdul Rajak, Pengurus Pusat Giat Mara Baram.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta. Semoga latihan kemahiran asas yang diperolehi oleh para peserta dapat dimanfaatkan dan membantu mereka dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran semasa khususnya dalam dunia ICT serta membantu menangani kos sara hidup tinggi dihadapi mereka pada masa kini.
- JBS Sarawak
- Hits: 52