TAKLIMAT PELAKSANAAN PENUBUHAN KELAB RAKAN MUDA DI SETIAP PARLIMEN

Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 30 JANUARI 2026 : Satu taklimat berkenaan dengan penubuhan Kelab Rakan Muda di setiap Parlimen telah diadakan pada 29 Januari 2026 (Khamis) oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Taklimat yang diadakan secara atas talian telah dihadiri oleh pegawai Rakan Muda di setiap negeri.

Antara maklumat penting yang disampaikan adalah berkenaan dengan Amanat Ketua Pengarah JBSN pada 21 Januari 2026 yang lalu berdasarkan persetujuan dalam Sesi Pemukiman KBS pada 14 Januari 2026 berkenaan dengan Penubuhan Kelab Rakan Muda (KRM) di Setiap Parlimen yang telah ditetapkan sebagai salah satu Petunjuk Pretasi Utama (KPI) bagi Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN.

Matlamat utama penubuhan sekurang-kurangnya satu kelab Rakan Muda di setiap Parlimen adalah untuk memastikan memastikan KPI Penubuhan Kelab Rakan Muda di Setiap Parlimen (222 KRM) dapat dicapai, KRM baharu dan sedia ada diberi latihan dan kemahiran dalam hal berkaitan tadbir urus organisasi, serta KRM dapat menjadi Rakan Pelaksana Rakan Muda bagi program/ aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search