- JBS Sarawak
- Hits: 7
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PENYELARASAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) PERINGKAT ZON BARAT (SARIKEI, SRI AMAN & BETONG) BIL. 2/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan Oleh : Abul Rani, JBSN Sarawak
SARIKEI, 30 Januari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Sarikei telah hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Sukan Sarawak (SUKSAR) Peringkat Zon Barat Bil. 2/2026, Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei dan melibatkan wakil dari daerah Sarikei, Sri Aman dan Betong. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan penyelarasan program sukan serta usaha memperkasa aktiviti sukan di peringkat zon.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah laporan setiap sukan, jumlah dan penyertaa, majlis penyerahan bendera dan pakaian kontinjen. Mesyuarat turut menekankan kepentingan pelaksanaan aktiviti sukan yang teratur dan selamat demi kesejahteraan komuniti.
Mesyuarat ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan penyelarasan sukan di Zon Barat berjalan lancar dan berkesan, selaras dengan matlamat pembangunan sukan Sarawak yang lebih mantap dan inklusif.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
