- JBS Sarawak
- Hits: 5
PEJABAT BELIA DAN SUKAN SARIKEI KOMITED UNTUK MEMBERI KHIDMAT NASIHAT PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan Oleh : Z.L. JBSN Sarawak
SARIKEI, 30 Januari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Sarikei telah memberi khidmat nasihat penubuhan kelab dan persatuan bagi memberi pendedahan serta bimbingan kepada masyarakat, khususnya golongan belia, berkaitan prosedur dan keperluan penubuhan organisasi yang sah dan berdaftar.
Khidmat nasihat ini merangkumi panduan penyediaan perlembagaan, struktur organisasi, serta proses pendaftaran kelab dan persatuan mengikut peraturan yang ditetapkan. Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap kelab dan persatuan yang ditubuhkan dapat beroperasi secara teratur, berkesan dan memberi manfaat kepada ahli serta komuniti setempat.
Usaha ini mencerminkan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Sarikei dalam menyokong pembangunan belia melalui penubuhan kelab dan persatuan yang aktif, berdaya saing dan mampan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
