- JBS Sarawak
- Hits: 3
Usaha Wujudkan Kelab Rakan Muda (KRM) Pergiatkan Program Rakan Muda
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 4 FEBRUARI 2026 – Taklimat pendaftaran Kelab Rakan Muda (KRM) telah dilaksanakan pada 4 Februari 2026 secara atas talian oleh Cawangan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. KRM akan ditubuhkan dan didaftar mengikut parlimen di setiap bahagian di seluruh Sarawak. Rasional penubuhan KRM di setiap parlimen adalah untuk meningkatkan keupayaan pelaksanaan program rakan muda di seluruh negara terutama melibatkan golongan belia di peringkat akar umbi. KRM juga sekaligus akan menjadi penggerak kepada belia-belia di kawasan parlimen dalam pembangunan belia di setiap komuniti sama ada bandar atau luar bandar.
Kelab Rakan Muda (KRM) akan didaftarkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mengikut garis panduan serta perlembagaan yang sedia ada dalam Akta Pembangunan Belia. Usaha menubuhkan KRM ini juga membuktikan kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara sangat mengambil berat dalam pembangunan belia di seluruh negara. Taklimat pendaftaran KRM telah disampaikan Puan Hafizah Dahlan, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSN Sarawak. Puan Noorlina Mirais dan Puan Hatijah Halidi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah hadir secara atas talian bagi sesi taklimat yang telah diadakan.
