PBSB SRI AMAN TAAT DAN SETIA SIMPAN RAHSIA RASMI PERKHIDMATAN YDPA DAN KERAJAAN MALAYSIA SELARAS DENGAN AKTA RASMI 1972 (AKTA 88)

Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 30 JANUARI 2026 – Sesi bacaan ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang diketuai oleh Encik Khalid Bin Hamid, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman dan diikuti dengan sesi menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bagi tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh warga kerja PBSB Miri, semalam. Sesi tersebut dilaksanakan bagi memberi penekanan dan kepentingan penjawat awam dalam menjalankan tugas dengan lebih berintegriti dan menjaga kerahsiaan rahsia Kerajaan. Penjawat awam seharusnya memahami bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang di perakukan dalam perhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana kerajaan dalam Malaysia adalah milik kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan atau menyampaikan sama ada secara lisan atau dengan bertulis kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi  sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan dibawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa berkenaan. 

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search