Disediakan Oleh : MJA, JBSN Sarawak
SARIKEI, 6 November 2024 : Sukan seni bela diri Tang Soo Do yang berasal dari negara Korea merupakan sukan yang diminati oleh pelbagai golongan di Bahagian Sarikei. Dengan menyertai sukan ini, selain daripada untuk mempelajari seni bela diri, ianya juga untuk kesihatan dan kecergasan.
Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diberi penghormatan oleh Presiden Lim Tang Soo Do Club, Master Lim Tow Sang untuk menyampaikan sijil pencapaian kepada ahli-ahli kelab yang telah melepasi ujian meningkat naik. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung Baru Sarikei. Dalam majlis ini Encik Mohd Johari Abdullah turut menerima sijil Penghargaan daripada kelab tersebut. Hadir bersama dalam majlis ini ialah Master Brooke Kewai dari Persatuan Tang Soo Do Sarikei dan Tr. Balang Megum, Penyelia Fasiliti Dewan Serbaguna.
PBSB Sarikei mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lim Tang Soo Do Club dan berharap agar kelab ini sentiasa maju dan terus cemerlang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#malaysiamadani
#pbs6d
- JBS Sarawak
- Hits: 68