Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 19 OKTOBER 2024 – Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan di Sekolah kebangsaan Pangkalan Kuap, Samarahan pada 19 Oktober 2024.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah Larian untuk Negara semperna Hari Sukan Negara 2024, Berjalan Madani, Senamrobik, Zumba, bola sepak 9 sebelah (sarung), Dam Aji, 3 on 3 basketball, Pameran Paramotor, Gusti Lengan wanita dan Jualan. Program mendapat sambutan yang amat mengalakan daripada orang ramai.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hamzah Bin Ibrahim ADUN N.17 Stakan dan turut hadiri Encik Jerry Zainuddin, Pegawai Daerah Asajaya, Ustad Padil Bin Bujang, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pangkalan Kuap dan Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahgian Samarahan
- JBS Sarawak
- Hits: 85