- JBS Sarawak
- Hits: 5
JBSN Beri Peluang Pegawai Tingkatkan Potensi Diri Dalam Kerjaya Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 26 JANUARI 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah memberi peluang kepada para pegawai yang berkhidmat 3 tahun ke atas untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi Pelaksanaan Kerja Belia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia. Usaha murni JBSN ini adalah bertujuan menyediakan para pegawai yang mempunyai keterampilan dalam Pelaksanaan Kerja Belia bagi melaksanakan program-program kerajaan terutama melibatkan pembangunan belia dan pembangunan kerjaya pegawai.
Satu sesi penilaian bersama Pegawai Penilai yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu Encik Yaman Yahya telah diadakan pada 23 Januari 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi pegawai yang berada di Zon Tengah Sarawak. Puan Noorlina Mirais yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut terlibat dalam penilaian tersebut. Penilaian tersebut penting bagi memastikan portfolio calon lengkap dan memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Pelaksanaan Kerja Belia sebelum calon disahkan untuk ditemuduga oleh Pegawai Penilai Luar setelah tamat tempoh penilaian.
